-->
CiMAGE Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2000 dimana ianya khusus  dalam membantu pelanggan mengenai Harta Intelek seperti Cap dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan masalah berkaitan dengan Hak Cipta yang termasuk  dalam pendaftaran Harta Intelek dan juga perkhidmatan perundingan dan sebagainya.
 
Objektif CiMAGE
Nama syarikat CiMAGE adalah daripada gabungan perkataan “Creative” dan “Image”. Tujuan CiMAGE adalah untuk membimbing ahli-ahli perniagaan dan mewujudkan kesedaran awam tentang Harta Intelek. Di negara Malaysia, tahap pengetahuan mengenai Harta Intelek sangat rendah di mana ia merupakan suatu kerugian apabila berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan Harta Intelek. Oleh itu, objektif kami ialah untuk menjaga kepentingan pelanggan dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak dan keperluan mereka. Kepentingan pelanggan merujuk kepada perlindungan hak pemilikan harta yang tidak ketara seperti pemilikan jenama. Pada masa yang sama, kami memperolehi kepercayaan daripada pelanggan untuk melaksanakan strategi promosi melalui kepujian pelanggan.
 
Penggunaan cinta dan inteligensi dengan memberikan serta membekalkan perkhidmatan kepada SME bermatlamat untuk berkongsi dan meningkatkan tahap falsafah perniagaan antara satu sama lain.
 
Menyediakan infrastruktur,platform dan persekitaran yang asas bertujuan membantu para pengusaha dari segi perlindungan,promosi,pengembangan dan pengekalan.
 
Perkhidmatan Asas
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Harta Intelek, ini termasuk Cap dagangan , Reka Bentuk Perindustrian, Paten, Hak Cipta dan sebagainya.

Pada masa yang sama, kami juga akan menawarkan nasihat terhadap reka bentuk, cap dagangan dan juga perlindungan cap dagangan untuk rangkaian kedai-kedai berdasarkan perundangan Harta Intelek.

Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kami ialah set perkhidmatan yang lengkap termasuk tugasan susulan seperti membalas surat kepada kerajaan, menghantar borang permohonan secara peribadi kepada jabatan kerajaan tetapi tidak dihantar melalui pos, memberitahu pelanggan kami mengenai status permohonan terkini, mengingatkan mereka untuk memperbaharui lesen cap dagangan dan sebagainya.

Selain daripada itu, kami juga membantu pelanggan kami yang telah memperolehi pendaftaran Harta Intelek bagi mempromosikan syarikat mereka serta jenama melalui aktiviti Malaysia Book Of Records di bawah permintaan mereka. Setakat ini, kami telah mengendalikan lebih daripada 10 aktiviti di mana ianya telah tersenarai di dalam Malaysia Book of Records. Tujuan mengendalikan aktiviti ini adalah untuk membantu pelanggan yang berjaya mendaftar cap dagangan mereka untuk membuat promosi. Jenama yang berjaya bukan hanya bergantung kepada perlindungan tetapi juga promosi.
 
Keistimewaan Pengurusan Perniagaan
Kami sentiasa menasihati para peniaga mengenai kepentingan cap dagangan masing-masing. Pendaftaran cap dagangan akan dilaksanakan apabila telah dikenali. Dengan ini, misi yang pertama ialah membimbing pelanggan untuk mengetahui mengenai cap dagangan dan perlindungannya.

Kami akan memberi perkhidmatan terbaik dalam melayani pelanggan kami dan juga menjaga kepentingan mereka.

Dengan lebih lanjut, cara kami dalam mengendalikan perniagaan dengan berinteraksi di antara pelanggan, di mana pelanggan akan membekalkan dokumen yang relevan, memberitahu keperluan mereka, oleh itu syarikat kami akan memberikan perkhidmatan yang berkaitan dan juga nasihat tertentu kepada pelanggan.

Di samping itu, apabila membantu pelanggan dalam mengendalikan pengurusan pendaftaran Harta Intelek, kami juga berinitiatif mengambil langkah-langkah pencegahan untuk menolong pelanggan dalam penyediaan satu pelan pengurusan risiko. Apabila pihak lain melanggari hak Harta Intelek mereka, maka pelanggan tersebut berkemungkinan akan mengambil tindakan segera dan sewajarnya. Kami,sebagai perunding professional mempunyai tanggungjawab membimbing pelanggan untuk bertindak terhadap situasi yang tidak menyenangkan. Biasanya, kami menyediakan beberapa rancangan tambahan kepada pelanggan supaya mereka mengambil jalan penyelesaian yang paling sesuai ketika menghadapi kecemasan.
 
Kursus dan Taklimat
Harta Intelek adalah isu yang istimewa. Sepanjang masa ini, tidak ramai orang yang memberi perhatian terhadap kewujudannya. Namun, Harta Intelek masih wujud walaupun sesetengah orang tidak memahami Harta Intelek sepenuhnya dan tidak mengenali kewujudannya,tetapi kebanyakannya akan menghadapi isu dan masalah Harta Intelek dalam kehidupan seharian.

Dengan ini, seminar dan kursus dikendalikan oleh pasukan CiMAGE adalah berbeza daripada seminar dan kursus yang dikendalikan oleh pihak lain, seperti dalam kata pepatah mengatakan, “pengembaraan akan membuat anda mengetahui lebih daripada hanya belajar”. Ia adalah lebih baik untuk memberikan pelanggan mempunyai hubungan secara langsung dengan perkara dan masalah berkaitan kepada Harta Intelek di mana ianya wujud dalam kehidupan seharian daripada hanya memberitahu mereka apakah maksud Harta Intelek, Cap dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian dan Hak Cipta. Ini adalah falsafah kami dalam taklimat dan juga mengendalikan kursus ini dan ini akan membezakan kami daripada yang lain.

Selanjutnya, untuk menunjukkan penghargaan kepada para pendengar, semua taklimat dan kursus adalah dipengerusikan oleh pengasas CiMAGE.
 
 
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami