Berdasarkan pendapat syarikat CiMAGE sesebuah syarikat harus melalui empat langkah iaitu ; perlindungan, promosi, pengekalan dan pengembangan sebelum menjadi kukuh. Sesebuah syarikat dan setiap produk harus melalui langkah-langkah ini sebelum syarikat akan menjadi lebih kukuh dan produk menjadi terkenal. Walaubagaimanapun, sesetengah orang tidak akan memikirkan sebegitu. Mereka akan berdolak dalih bahawa perniagaan mereka tidak semestinya mengikuti proses keempat-empat langkah tersebut tetapi mereka masih boleh mencapai kejayaan. Ya, anda boleh berjaya, tetapi hanya pada masa lampau. Trend sekarang telah berubah, cara yang dilakukan sebelum ini tidak akan sesuai.

Berdasarkan pandangan CiMAGE, langkah yang pertama ialah perlindungan, dan diikuti oleh promosi, pengekalan dan pengembangan. Walaubagaimanapun, perlindungan tidak hanya dilakukan dalam langkah pertama, tetapi juga diterapkan di dalam langkah-langkah yang lain. Oleh itu, perlindungan berada di tengah-tengah dimensi segitiga dan boleh dihubungkan dengan langkah-langkah yang lain. Ini menunjukkan bahawa perlindungan adalah sangat penting dan ia merupakan asas bagi sesebuah syarikat dan produk atau perkembangan jenama.
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami