Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami    
   
Q : Apakah perbezaan di antara pendaftaran cap dagangan dan pendaftaran perniagaan?
Pendaftaran perniagaan adalah wajib untuk setiap syarikat baru atau perusahaan untuk memasuki pasaran.Walaubagaimanapun, pendaftaran cap dagangan adalah satu pilihan untuk syarikat tersebut mendaftar nama syarikat, atau nama jenama atau wakil lain seperti simbol, logo, pepatah, reka bentuk, imej, 3D atau sebuah gabungan.

Pendaftaran perniagaan tidak akan memberi apa-apa perlindungan kepada nama yang digunakan. Selagi syarikat anda tidak mempunyai nama yang sama dengan perniagaan yang wujud, oleh itu anda dibenarkan mendaftar. Walaubagaimanapun, pendaftaran cap dagangan memberikan anda perlindungan yang sah di atas nama ataupun logo yang telah anda daftar. Selepas pendaftaran, tiada orang lain yang akan dibenarkan untuk mengguna dan mendaftar nama dan logo dimana ianya sama atau lebih kurang sama berbanding dengan kewujudan pemilik cap dagangan.
 
Q : Apakah makna "perkataan biasa"?
Perkataan biasa dianggap seperti dimana ia boleh dijumpai di dalam kamus. Perkataan biasa tidak dibenarkan untuk pendaftaran cap dagangan. Sebagai contoh, perkataan “KREATIF” boleh dijumpai di dalam kamus dengan bermaksud “kebolehan untuk mencipta”. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh didaftar kerana setiap orang boleh menggunakannya.
 
Q : Adakah perlindungan cap dagangan mempunyai masa yang terhad?
Masa perlindungan adalah tidak terhad, tetapi cap dagangan boleh diperbaharui tanpa had di atas pembayaran yuran tambahan.
 
Q : Bagaimanakah cap dagangan didaftarkan?
Permohonan untuk pendaftaran cap dagangan mestilah difailkan dengan nasional atau kawasan pejabat cap dagangan yang bersesuaian. Permohonan tersebut haruslah mengandungi pengeluaran semula yang jelas terhadap cap yang difailkan untuk pendaftaran, termasuk warna, borang, ataupun ciri-ciri dari tiga dimensi. Permohonan tersebut juga harus mengandungi senarai barangan atau perkhidmatan dimana cap dagangan tersebut haruslah memenuhi sesetengah syarat-syarat supaya dapat dilindungi sebagai cap dagangan atau jenis cap lain. Ia seharusnya menjadi cap tersendiri. Oleh itu, pelanggan boleh membezakannya seperti mengenalpasti produk yang lain. Ia mestilah tidak mengelirukan, tidak memperdaya pelanggan atau melanggari ketenteraman awam atau moraliti.
 
Q : Apakah prosedur pendaftaran untuk cap dagangan?
Di Malaysia, setiap permohonan mestilah merupakan cap dagangan tunggal dalam sebuah kelas tunggal. Permohonan boleh termasuk
  beberapa barangan atau perkhidmatan dimana semuanya di bawah permohonan yang sama tanpa bayaran yuran tambahan.
Semasa permohonan, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, surat dari pihak berkuasa akan diterima dan permohonan akan
  diteruskan selepas permohonan membalas surat tersebut.
Jika cap dagangan dimohon telah diterima daripada Pejabat Dagangan,ia akan diiklankan dalam warta kerajaan supaya ahli daripada orang
  awam dapat menentang permohonan tersebut. Jangka masa dua bulan diberikan untuk membantah apa jua masalah. Jika tiada pembangkangan diterima, maka pendaftaran tersebut akan diteruskan.
Jika permohonan tidak menghadapi apa-apa bantahan atau bangkangan, cap dagangan tersebut akan didaftarkan dalam tempoh masa 2
  bulan.
   
Q : Bolehkah saya menghalang orang lain daripada mendaftar cap dagangan saya?
Boleh, anda boleh menghalang orang lain daripada mendaftar cap dagangan anda jika mempunyai bukti untuk berbuat demikian. Apabila anda menemui orang lain mendaftar cap dagangan anda atau lebih kurang sama, tempoh akan diberi di antara jangka masa dua bulan terhadap pengiklanan warta kerajaan yang difailkan di dalam surat pembangkangan untuk menghalang pendaftaran tersebut. Pembangkangan dicadangkan dilakukan dalam tempoh dua bulan selepas pengiklanan warta kerajaan yang telah difailkan didalam surat tersebut. Ini disebabkan pembangkangan sukar dilaksanakan selepas orang lain telah membuat pendataran.
 
Q : Apabila saya telah mendaftar cap dagangan di Malaysia, bolehkah saya mendapat perlindungan yang sama di negara lain?
Tidak.Jika kamu hanya mendaftar cap dagangan anda di Malaysia, anda tidak akan memperoleh perlindungan yang sama di negara lain.Walaubagaimanapun, jika anda memerlukan perlindungan daripada negara lain, anda boleh mendaftar cap dagangan anda di dalam negara tertentu.
 
 
 
 
 
 
Apakah perbezaan di antara pendaftaran cap dagangan dan pendaftaran perniagaan?
Apakah makna "perkataan biasa"?
Adakah perlindungan cap dagangan mempunyai masa yang terhad?
Bagaimanakah cap dagangan didaftarkan?
Apakah prosedur pendaftaran untuk cap dagangan?
Bolehkah saya menghalang orang lain daripada mendaftar cap dagangan saya?
Apabila saya telah mendaftar cap dagangan di Malaysia, bolehkah saya mendapat perlindungan
yang sama di negara lain?