Q : Bagaimanakah reka bentuk perindustrian boleh dilindungi?

Dalam kebanyakan negara, sesebuah reka bentuk perindustrian perlu didaftarkan supaya mendapat perlindungan daripada undang-undang. Syarat-syarat yang umum untuk pendaftaran ialah reka bentuk tersebut mestilah yang “baru” atau “asal”. Negara-negara yang berlainan mempunyai pelbagai maksud bagi kedua-dua perkataan ini. Secara umumnya,“baru” bermaksud ianya tidak seiras atau reka bentuk yang lebih kurang sama dikenali wujud sebelum ini.

 
Q : Apakah tempoh yang terhad bagi perlindungan reka bentuk perindustrian?
Perlindungan secara umumnya adalah 5 tahun, reka bentuk perindustrian dapat diperbaharui dalam tempoh jangka masa yang paling lama iaitu maksimum 15 tahun. (Dalam kebanyakan kes )
 
Q : Apakah hak bagi bagi pemilik reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan?

Pemilik mempunyai hak yang eksklusif untuk pengeluaran, import untuk penjualan atau penyewaan, atau digunakan bertujuan untuk perdagangan atau perniagaan, penjualan, atau penyewaan atau penawaran, atau didedahkan untuk penjualan dan penyewaan bagi reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan. Di samping itu, pemilik reka bentuk perindustrian yang telah didaftar mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggari reka bentuk perindustrian mereka.

 
 
 
 
 
 
 
Bagaimanakah reka bentuk perindustrian boleh dilindungi?
Apakah tempoh yang terhad bagi perlindungan reka bentuk perindustrian?
Apakah hak bagi pemilik reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan?
   
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami