-->
Era Baru – Kebimbangan terhadap Harta Intelek
Dalam dunia hari ini, berdasarkan informasi dan interaksi teknologi sektor yang sangat canggih, orang yang menggunakan pengangkutan, produk dan informasi, berkongsi idea atau menyebarkan maklumat menjadi pantas, mudah dan murah.

Walaubagaimanapun, masih ada orang yang ingin mengambil kesempatan ini, mengendalikan aktiviti haram dan tidak beretika terutama kegiatan penyalinan, peniruan, plagiarisme, pemalsuan dan sebagainya yang menyebabkan kerugian, kehilangan dan kemusnahan. Oleh itu, isu Harta Intelek dititik beratkan di dalam dunia perniagaan sepertimana isu ini bukan hanya memberi kesan kepada pihak perniagaan yang berkaitan tetapi juga orang di seluruh dunia tanpa menghiraukan status, umur, profesion dan sebagainya.
 
Kepentingan Dunia Perniagaan
Dalam dunia perniagaan, sesiapa yang tidak cukup kompetitif akan disingkirkan. Sesiapa sahaja yang boleh mengambil kesempatan dari bidang ekonomi, kebolehcapaian pasaran yang lebih besar dan rangkaian masyarakat akan boleh bertahan dengan lebih lama. Walaupun anda adalah pencipta atau penginovasi yang asal, anda tidak boleh mengambil kebaikan dari Harta Intelek, anda akan mudah ditukarkan atau digantikan oleh orang lain.
 
Terdapat 3 faktor dalam penjelasan Harta Intelek:
   
Harta Intelek datangnya dari pemikiran manusia.
 
Setiap orang boleh berfikir, yang membezakannya adalah kesemua fikiran tidak akan memikirkan perkara yang sama. Pemikiran manusia tidak dapat dilihat, dibayangkan, dikawal dan tiada had. Seseorang tidak dapat melihat apa yang orang lain fikirkan, mengetahui dan memaksa orang lain untuk berfikir seperti yang anda mahu dan ia tiada sempadan.
   
Harta Intelek ialah harta tidak ketara
 
Tidak seperti rumah yang anda tinggal, bangunan syarikat yang anda bekerja, kereta yang anda pandukan, Harta Intelek adalah tidak dapat dilihat, tidak ketara dan sukar untuk bertahan. Jika seseorang tidak bercakap, menulis atau mendedahkan apa yang mereka fikirkan, maka orang lain tidak akan dapat mengetahuinya.
   
Pendaftaran Harta Intelek memberikan anda hak yang eksklusif
 
Memiliki hak yang eksklusif bermaksud mempunyai kuasa untuk memonopoli. Anda akan mempunyai hak terhadap pemilikan kepada ‘harta’ yang telah anda daftarkan. Harta tersebut merujuk kepada ciptaan, jenama, reka bentuk, lokasi, sastera dan juga perkataan artistik. Hak pemilikan berkemungkinan akan menjadi daya saing terhadap pesaing anda.
 
Terdapat 5 jenis Harta Intelek:
 
Kebaikan terhadap pendaftaran Harta Intelek:
Pertahanan Diri
Syarikat yang berjaya tidak akan mengabaikan kepentingan perlindungan diri. Dalam perkataan lain, pendaftaran Harta Intelek boleh dikategorikan sebagai salah satu aktiviti di bawah aspek pengurusan risiko. Memberi perlindungan kepada Harta Intelek anda sebelum memperkenalkan kepada pasaran akan mengurangkan risiko melanggari Harta Intelek pihak lain dan dalam masa yang sama meningkatkan kedudukan di dalam pasaran dan reputasi syarikat.
 
Pengurangan kekeliruan pelanggan
Dengan memperolehi pendaftaran Harta Intelek, anda boleh memberitahu kepada pelanggan anda bahawa produk tersebut ialah kepunyaan anda terutamanya bagi cap dagangan dan petunjuk geografi. Pendaftaran Harta Intelek adalah seperti menempatkan label pada produk supaya mudah untuk dikenali.
 
Mengelakkan aktiviti peniruan, penyalinan, plagiarisme dan pemalsuan
Tiada penyelesaian untuk berhenti sepenuhnya aktiviti-aktiviti tersebut, tetapi anda boleh melindungi diri anda daripada menjadi salah satu mangsa. Jika anda adalah mangsa dalam aktiviti ini, anda boleh membuat tuntutan untuk pampasan dengan pihak yang bertentangan melalui kaedah yang sah selagi anda adalah pemilik Harta Intelek.
 
Sumber kewangan
Melalui hak eksklusif, anda boleh memperuntukkan penggunaan Harta Intelek anda kepada pihak lain sama ada dalam bentuk perlesenan atau usaha sama bagi memperolehi manfaat dalam aspek kewangan. Harta Intelek yang bernilai dapat membantu anda memasuki pasaran global.
 
Boleh dianggapkan sebagai nama jenama.
Boleh dari segi nama,frasa, logo, simbol, reka bentuk, imej, 3D dan sebuah gabungan.
Digunakan untuk mengenalpasti dan membezakan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh entiti perniagaan.
   
Jenis-jenis Cap Dagangan
Cap Dagangan
  Cap digunakan untuk membezakan sesetengah barangan sepertimana ia dikeluarkan oleh syarikat.
   
Cap Perkhidmatan
  Cap yang digunakan untuk membezakan sesetengah perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat.
   
Cap Kolektif
  Cap digunakan untuk membezakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau dibekalkan oleh ahli-ahli pengeluar.
   
Cap Pensijilan
  Cap yang digunakan untuk membezakan barangan atau perkhidmatan yang mematuhi set standard dan telah disahkan oleh pihak pengesahan kuasa.
   
Cap Popular
  Cap yang digunakan pada cap dagangan yang popular supaya mempunyai perlindungan yang efektif.
   
Cap dagangan atau jenama produk adalah sama seperti nama orang. Mengapa ibu bapa anda memberikan nama kepada anda apabila dilahirkan? Bagaimana anda menggelar seseorang sekiranya mereka tidak mempunyai nama? Ini memberitahu anda mengapa cap dagangan dan jenama wujud.

Seseorang tiada hak untuk semata-mata memiliki nama sendiri walaupun beliau ialah seorang pemimpin negara. Tetapi, seseorang mempunyai hak untuk memonopoli jenama bagi sesuatu barangan melalui pendaftaran cap dagangan. Dengan ini, anda dapat menghalang orang lain daripada menggunakan cap dagangan yang sama. Tiada cap dagangan yang sama, maka tiada kekeliruan akan diwujudkan di kalangan orang awam. Apabila jenama anda menjadi popular, maka ia merupakan kepunyaan anda sahaja.
 
Cap Dagangan yang boleh didaftarkan
Ciptaan perkataan
Nama orang/firma/perusahaan
Tandatangan pemohon
Perkataan yang tiada hubungan secara langsung terhadap barangan/perkhidmatan, nama geografi atau nama
  keluarga.
Tanda yang istimewa seperti logo, gambar dan simbol.
Bukan penipuan atau pengeliruan, bertentangan dengan undang-undang atau mengandungi motif serangan.
Tidak seiras/ tidak sama dengan pendaftaran yang awal/ permohonan cap dagangan.
Tidak seiras/ tidak sama dengan cap dagangan yang telah dikenali.
   
Cap Dagangan yang tidak boleh didaftarkan
Paten, Surat Kurnia Diraja, Pendaftaran, Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian dan Hak Cipta.
Baginda Yang Dipertuan Agung, Raja Permaisuri Agung, Yang Amat Mulia Sultan Diraja dan Tuan Yang Terutama Yang
  di-Pertua Negeri.
Raja atau Agung, senjata, lambang kebangsawanan.
Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Palang Merah.
Perkataan atau Perwakilan untuk ASEAN dan Bunga Kebangsaan.
   
 
Hak esklusif diberikan kepada sesuatu ciptaan, produk atau proses yang membekalkan cara baru dalam membuat
  sesuatu ataupun menawarkan satu teknik penyelesaian yang baru kepada sesuatu masalah.
Menyediakan perlindungan terhadap penciptaan.
   
3 jenis paten:
   
Paten Utiliti: Baru atau proses yang berguna, mesin, pengeluaran atau komposisi bahan atau dari pembaharuan yang
  baru dan berguna (20 tahun dari tarikh permohonan yang asal)
Paten Reka Bentuk: Ciptaan yang baru, istimewa dan corak hiasan untuk pengeluaran produk.
  (14 tahun dari tarikh paten tersebut diperuntukkan)
Paten Tumbuhan: Sebarang spesies tumbuhan yang baru yang boleh dikeluarkan semula tanpa seks.
  (20 tahun dari tarikh permohonan asli)
   
Kebanyakan orang tidak dapat membezakan di antara paten dan reka bentuk perindustrian. Paten lebih fokus pada kebolehgunaan dan fungsi bagi ciptaan yang baru berbanding dengan ciptaan corak hiasan. Terdapat beberapa soalan yang biasa ditanya untuk membezakan paten termasuk bagaimanakah ciptaan tersebut boleh digunakan untuk mencapai hasil yang khas dan unik? Apakah fungsi istimewa yang terkandung di dalam ciptaan baru di mana ia tidak ada pada ciptaan yang wujud?

Paten boleh dijadikan sebagai sumber kewangan untuk sesebuah syarikat. Apabila anda memberikan perlindungan penuh terhadap ciptaan baru anda, orang lain hanya boleh menjual atau mengguna ciptaan tersebut di atas keizinan anda. Ini akan memberikan anda hak monopoli terhadap penggunaan ciptaan tersebut. Kebanyakan masa, hak monopoli akan memberikan daya saing kepada syarikat tersebut. Ia dapat mengekalkan kedudukan sesebuah syarikat di dalam pasaran.
 
Ciptaan yang tidak boleh dipatenkan:
Penemuan,teori sains dan cara matematik.
Spesies tumbuhan atau binatang, biologi proses yang asas bagi tumbuhan dan binatang.
Skim, syarat-syarat atau cara menjalankan perniagaan, aktiviti dan permainan yang menguji minda dan program permainan.
Cara untuk merawat manusia atau badan binatang dengan menggunakan kaedah pembedahan atau terapi, dan cara
  mempraktik diagnosis terhadap manusia atau badan binatang.
   
Ciptaan yang boleh dipatenkan:
Baru, bermaksud ciptaan tersebut tidak pernah didedahkan secara terbuka dalam apa jua keadaan, dimana jua di
  dalam dunia.
Termasuk langkah-langkah keupayaan untuk mencipta, boleh dikatakan bahawa ciptaan tersebut tidak terlalu ketara
  kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang ciptaan tersebut.
Digunakan pada industri, ini bermaksud ia boleh dikeluarkan secara besar-besaran.
   
 
Corak atau aspek artistik bagi sesuatu produk
Mengandungi 3D seperti bentuk, 2D seperti corak atau perhiasan
Harus menarik di pandangan mata
Kekuatan produk
   
Reka Bentuk Perindustrian adalah lebih kurang sama seperti seseorang memakai pakaian yang cantik dan bersolek. Kosmetik dan pakaian akan meningkatkan imej dan tarikan seseorang dan menjadikannya kelihatan lebih menarik. Ini boleh juga digunakan pada produk. Sesuatu produk yang tidak menarik perhatian atau tidak pernah direka adalah sukar untuk menarik perhatian pelanggan.

Aktiviti peniruan dan penyalinan semakin meningkat. Badan-badan yang sah tidak dapat menghapuskan aktiviti ini dengan sepenuhnya.Oleh itu, penyelesaian yang ada adalah "perlindungan diri".

Anda tidak akan tahu bila anda akan mejadi mangsa seperti aktiviti yang dinyatakan di atas.Walaubagaimanapun, jika anda melindungi diri sepenuhnya pada permulaan, maka anda tidak akan risau dan takut terhadap orang yang meniru, menyalin reka bentuk atau mendakwa anda kerana melanggari reka bentuk mereka.
 
Reka Bentuk Perindustrian yang tidak dilindungi
Reka Bentuk yang tidak memenuhi syarat-syarat yang baru, asal, atau karakter individu.
Reka Bentuk yang menggabungkan simbol rasmi atau lambang-lambang yang dilindungi
Reka Bentuk yang dianggap akan bertentangan kepada kentetaraman awam dan moraliti.
Bentuk tradisional dan ungkapan-ungkapan kebudayaan tradisional adalah sering dianggap sebagai "domain awam"
  oleh undang-undang Harta Intelek dan ianya tidak boleh dilindungi.
   
 
Sebuah tanda digunakan terhadap barangan yang mempunyai geografi yang asal dan memiliki kualiti ataupun reputasi
  disebabkan dari tempat yang asal.
Mengandungi nama tempat asal barangan.
Kualiti barangan adalah berasal dari tempat pengeluaran dan dipengaruhi oleh khususnya faktor-faktor tempatan
  seperti iklim dan tanah.
Digunakan untuk pelbagai produk yang luas sama ada semulajadi, pertanian atau pengeluaran.
Keistimewaan Petunjuk Geografi.
Nama asal
  - Keistimewaan Petunjuk Geografi
- Megandungi nama geografi atau reka bentuk tradisional
- Pengkhususan kualiti dan ciri-ciri yang pada dasarnya disebabkan oleh situasi geografi dimana ianya dikeluarkan
Digunakan juga khusus untuk kemahiran pembuatan dan tradisi.
   
Setiap produk yang dikeluarkan mempunyai cerita atau sejarah yang tersendiri dari tempat "kelahiran" asal, seperti manusia, mempunyai tempat kelahiran yang terdapat dalam sijil kelahiran. Apabila anda melihat seseorang dengan rambut yang berwarna perang atau mata biru, anda akan tahu bahawa dia berasal dari negara barat. Produk yang boleh didaftar sebagai petunjuk geografi bermaksud itu adalah tempat yang asli dan tiada tempat lain.

Melalui pendaftaran produk anda sebagai petunjuk geogafi, anda boleh melindungi reputasi anda sendri. Siapa tahu jika sesetengah pengelur yang tidak beretika dan tidak berdaftar cuba untuk menjual produk yang mempunyai kulaiti yang rendah dengan mengatakan bahawa ianya datang dari tempat yang asal anda, ini akan memberi kesan negatif kepada peningkatan keyakinan orang awam terhadap produk anda jika anda tidak mendaftarkan Harta Intelek anda. Ini merupakan masalah yang serius kerana bukan sahaja memberi kesan kepada pendapatan syarikat tetapi juga berkemungkinan mempengaruhi ekonomi pada tempat tertentu.
 
 
Suatu bentuk perlindungan yang sah diberikan kepada karya yang kreatif. Pemilik hak cipta yang diberikan hak eksklusif
  yang tertentu, seperti hak untuk mengeluarkan semula karya dan menjualkannya.
Simbol © (huruf C di dalam bulatan), ataupun perkataan “Copyright” atau nama singkatan “Corp.”
   
Orang selalu mengatakan bahawa CD merupakan Hak Cipta, oleh itu mereka tidak sepatutnya membeli CD cetak rompak kerana ia adalah haram. Kebanyakan orang mengetahui bahawa membeli produk cetak rompak adalah haram dan tidak beretika tetapi adakah mereka benar-benar buat apa yang mereka tahu? Sebenarnya, tidak! Walaupun mereka tahu bahawa ianya adalah haram, tetapi pasaran cetak rompak masih lagi beroperasi dan aktif. Sebenarnya, selain CD, gambar, buku, drama dan perisian juga adalah di bawah Hak Cipta.

Hak Cipta boleh memberikan beberapa kebaikan seperti mengawal eksploitasi komersial daripada pekerjaan asal. Syarikat boleh memberhentikan atau mengelakkan “Peniru” daripada meniru hasil yang asal ataupun mengeluarkan tiruan produk kepada pelanggan supaya pelanggan tidak sewenang-wenangnya ditipu oleh mereka. Di samping itu, kepentingan keuntungan syarikat akan kekal dan stabil, ini disebabkan pesaing atau “Peniru” tiada hak untuk mengeksploitasikan karya asal syarikat atau perniagaan.
 
Karya layak untuk Hak Cipta:
Karya Kesusasteraan
  Meliputi dokumen di dalam penulisan seperti buku, surat, risalah-risalah, katalog, dan sebagainya. Perisian komputer juga termasuk dalam kategori ini
Karya Muzik
  Meliputi nota muzik.
Filem
Rakaman Bunyi
  Meliputi media yang direkodkan, seperti kaset, cakera padat dan sebagainya.
Siaran
  Meliputi radio dan penghantaran televisen.
   
Karya yang tidak layak untuk Hak Cipta:
Ekspresi karya yang mempunyai ciri-ciri tidak ketara. (Contohnya: karya persembahan pentas yang tidak direkodkan atau
  tidak dicatatkan atau direkodkan bagi ucapan atau persembahan secara spontan.
Tajuk, nama, rangkai kata yang pendek: reka bentuk atau simbol yang biasa dilihat, perbezaan yang kecil, hiasan
  tiplografi, penghurufan ataupun pewarnaan, penyenaraian.
Idea, prosedur, cara-cara, sistem, proses, konsep, prinsip-prinsip, penemuan atau strategi, seperti perbezaan dari
  huraian, penjelasan, atau berilustrasi.
Karya yang mengandungi maklumat sepenuhnya iaitu harta sepencarian dan tidak meliputi pengarang yang asal
  (contoh: kalendar yang standard, pemetaan ketinggian dan berat, pembaris dan pita ukur, senarai atau jadual-jadual diambil dari dokumen-dokumen awam atau sumber-sumber biasa yang lain)
   
 
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami