Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami    
   
Q : Adakah hak paten hanya diberikan kepada ciptaan baru?
Bukan. Hak paten bukan sahaja hanya diberikan kepada cipataan baru, ia juga diberikan kepada proses yang baru atau peningkatan kualiti bagi produk yang telah wujud. Sebagai contoh, teknik tanaman yang baru atau fungsi baru bagi sebuah kerusi juga boleh didaftarkan sebagai hak paten. Tetapi, sesetengah syarat-syarat pendaftaran adalah perlu dipatuhi.
 
Q : Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk pendaftaran paten?
Sekiranya hendak membuat pendaftaran paten, ciptaan anda perlu mematuhi empat syarat:
Idea anda haruslah mendapatkan kelulusan daripada parlimen seperti mesin, proses/cara
  dan sebagainya.
Ciptaan anda perlu ialah penciptaan yang baru.
Ciptaan anda perlu mempunyai kegunaan yang spesifik.
Ciptaan anda anda adalah tidak ketara terhadap industri yang berkaitan.
   
Q : Apakah hak yang terdapat bagi pemilik paten?
Pemilik paten mempunyai hak eksklusif terhadap ciptaan yang telah mereka daftarkan. Dalam jangka masa hak paten dilindungi, pemilik paten mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi sesiapa yang boleh atau tidak boleh menggunakan ciptaan yang telah pemilik daftarkan. Apabila dua parti bersetuju antara satu sama lain, pemilik hak paten mempunyai hak untuk menyetujui pihak lain bagi menggunakan ciptaan yang telah di daftarkan. Selain itu, pemilik hak paten juga mempunyai hak untuk menjual hak paten kepada pihak lain, lalu pembeli akan menjadi pemilik baru bagi hak paten tersebut.
 
Q : Apakah perbezaan di antara paten dengan rahsia dagangan?
Hak paten adalah hak monopoli terhad yang diberikan oleh kerajaan kepada pencipta, dalam penukaran untuk pendedahan secara terbuka terhadap bagaimana untuk membuat dan menggunakan ciptaan mereka. Walaubagaimanapun, rahsia dagangan adalah bersifat ketara atau tidak ketara yang disimpan secara elektronik, ini termasuk rahsia saintifik, teknikal, pembuatan, sistem penjualan, pengeluaran atau pengurusan informasi, reka bentuk, proses, prosedur, formula, ciptaan atau pembaharuan.

Paten hanya melindungi ciptaan tetapi rahsia dagangan adalah melindungi apa jua dimana pemilik tidak mahu pesaing mereka mendapat ilmu pengetahuan tersebut. Hak paten mementingkan ciptaan yang baru, berguna, dan tidak ketara tetapi rahsia dagangan mestilah disimpan secara rahsia tanpa orang lain mengetahuinya.

Pelindungan paten akan tamat dalam masa 20 tahun dari tarikh yang didaftarkan tetapi tempoh perlindungan bagi rahsia dagangan adalah tidak terhad sekiranya tiada orang mempunyai pengetahuan mengenainya.
 
 
 
 
 
 
 
 
Adakah hak paten hanya diberikan kepada ciptaan baru?
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk pendaftaran paten?
Apakah hak yang terdapat bagi pemilik paten?
Apakah perbezaan di antara paten dengan rahsia dagangan?