Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami    
   
Q : Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunakan pada produk pertanian?
Petunjuk geeografi bukan hanya digunakan pada produk pertanian. Ia juga menekankan kualiti produk apabila disebabkan oleh faktor manusia yang bersesuaian dengan tempat asal produk tersebut, kebiasaannya ia berkaitan dengan kemahiran pembuatan atau tradisi tempat asal. Kemungkinan tempat asal adalah seperti kampung atau bandar, kawasan atau negara.
 
Q : Adakah petunjuk geografi hanya boleh didaftarkan sebagai nama tempat?
Nama tempat boleh dijadikan sebagai petunjuk geografi (contoh: Napa Valley), tetapi simbol juga boleh didaftarkan (contoh: sebuah gambar Eiffel Tower, Statue of Liberty dan pokok limau), atau lakaran kawasan geografi (contoh: lakaran negeri Florida atau peta Dominan Republik), warna atau apa jua barangan atau perkhidmatan yang boleh dikenalpasti.
 
Q : Apabila sehelai pakaian mempunyai tag "DIPERBUAT DARI CHINA", adakah itu petunjuk geografi?
Mungkin ianya tidak, tetapi ia sebenarnya bergantung. Untuk dijadikan sebagai petunjuk geografi, ciri-ciri produk dan tempat asal dimana produk tersebut dikeluarkan haruslah mempunyai sesetengah hubungan. Hubungan tersebut harus diberitahu kepada pelanggan supaya mereka mengetahui ciri-ciri keistimewaan produk sebelum membuat keputusan untuk beli.

Bukan semua petunjuk boleh didaftarkan sebagai petunjuk geografi. Dalam perkataan lain, nama geografi bukan sejenis petunjuk geografi. Jika hendak menjadikan nama geografi kepada petunjuk geografi, ia tidak semestinya cuma menyatakan nama asal tempat, ia harus juga berinteraksi dengan pelanggan bahawa produk dari kawasan tersebut mempunyai sesetengah kualiti atau reputasi.

 
Q : Bolehkah semua petunjuk geografi didaftar?
Tidak, petunjuk geografi tidak boleh didaftar jika:-
Ia mengandungi masalah seperti fitnah atau perkataan yang keji atau apa jua masalah yang
  boleh melibatkan pelbagai tahap dan seksyen agama yang dianuti rakyat.
Ia adalah nama generik;
Ia telah menghentikan perlindungan di dalam negara asal atau di mana ianya telah tidak
  digunakan di dalam negara tersebut.
Gelaran yang salah terhadap sesuatu produk disebabkan oleh produk tersebut yang
  berasal dari wilayah, rantau atau tempat yang lain.
   
 
Q : Apakah tempoh terhad bagi petunjuk geografi?
Pendaftaran petunjuk geografi harus melalui jangka masa selama 10 tahun. Tetapi boleh diperbaharui dari masa ke semasa untuk jangka masa yang tidak terhad oleh pembayaran yuran pembaharuan.
 
 
 
Adakah petunjuk geografi hanya boleh digunakan pada produk pertanian?
Adakah petunjuk geografi hanya boleh didaftarkan sebagai nama tempat?
Apabila sehelai pakaian mempunyai tag “DIPERBUAT DARI CHINA”, adakah itu petunjuk geografi?
Bolehkah semua petunjuk geografi didaftar?
Apakah tempoh terhad bagi petunjuk geografi?