Pada masa lalu, perkara pertama yang dilakukan oleh seseorang sebelum atau selepas menubuhkan syarikat ialah promosi. Ini kerana mereka ingin memperkenalkan syarikat mereka kepada orang lain. Walaubagaimanapun berdasarkan falsafah CiMAGE, ini tidak akan berhasil. Kini, dengan teknologi yang canggih, seseorang boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti, sama ada baik atau buruk, haram atau halal, beretika atau tidak bermoral.

Hari ini, promosi tidak mendatangkan kebaikan kepada syarikat. Kami tidak mengatakan bahawa promosi tidak bagus, tetapi promosi harus dilakukan pada masa yang sesuai, barulah boleh memperolehi keputusan yang lebih baik. Apabila aktiviti promosi telah dianjurkan, ini bermakna ia memberi peluang kepada orang awam untuk mengenali syarikat anda, produk anda dan juga sesetengah daripada mereka akan membuat penilaian terhadap syarikat dan juga produk anda. Sebagai contoh, syarikat yang baru dilancarkan sedang melakukan aktiviti promosi melalui media dan berkebolehan untuk menarik perhatian orang awam di Malaysia. Sebaliknya, jika syarikat tersebut mempunyai imej awam yang baik dan produk tersebut telah menerima tindak balas yang baik daripada pasaran apabila ia diperkenalkan. Adakah anda terpikir bahawa orang lain tidak akan mengikuti langkah-langkah syarikat tersebut dalam memperkenalkan produk itu? Manusia adalah bijak, mereka boleh mengubah produk yang sama kepada produk yang baru dan memperkenalkan kepada pasaran dengan menggunakan jenama yang lain ataupun menggunakan jenama yang serupa daripada apa yang ada pada syarikat tersebut. Dalam situasi ini, apakah yang boleh dilakukan oleh syarikat tersebut terhadap pihak yang berbuat demikian?
 
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami