Perlindungan merupakan asas. Tanpa perlindungan yang kuat, struktur tidak akan bertahan lama. Tanpa asas yang kuat, anda akan berjaya tetapi kejayaan anda tidak akan sampai ke penghujung. Ini kerana halangan yang kecil mampu dan mudah untuk menyingkirkan anda dari permainan ini. Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa pendaftaran perniagaan adalah juga merupakan salah satu perlindungan. Mereka berpendapat bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan, pendaftaran perniagaan adalah wajib, tetapi sebenarnya ini adalah perlindungan bagi syarikat anda untuk aktiviti perdagangan.

Harta Intelek ialah harta yang mempunyai ciri-ciri yang tidak ketara. Oleh itu, anda tidak boleh menggunakan teknik perlindungan yang melindungi harta yang mempunyai ciri-ciri ketara dalam melindungi Harta Intelek kerana ia tidak akan berkesan. Orang selalu berkata, pilih orang yang betul untuk tempat yang betul. Harta Intelek utama yang mempunyai ciri-ciri yang tidak ketara pada syarikat adalah NAMA. Jika tidak boleh melindungi nama anda daripada digunakan oleh orang lain, ini akan menyebabkan orang lain berkongsi kebaikan anda. Adakah ini berbaloi? Tidak seperti nama orang, seseorang tidak ada hak untuk menghalang orang lain daripada menggunakan nama yang sama seperti anda walaupun anda adalah pemimpin negara. Perlindungan berlandaskan pendaftaran memberikan anda hak yang eksklusif dalam penggunaan Harta Intelek. Apabila syarikat anda menjadi terkenal atau jenama lebih dikenali, semua itu adalah kepunyaan anda, tetapi BUKAN ORANG LAIN.
 
  Halaman Utama   Mengenai Kami   Falsafah Syarikat   Harta Intelek   Berita dan Aktiviti   Kekerapan Pertanyaan   Menghubungi Kami